Lokan sejuk beku ‘selamatkan’ peniaga tanggung rugi

Lokan sejuk beku ‘selamatkan’ peniaga tanggung rugi

ROSDI Che Lah menunjukkan lokan disejuk beku yang dijual di gerainya di Kampung Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu. – MINGGUAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seorang peniaga dari Kampung Pengkalan Gelap di sini, menghasilkan lokan sejuk beku sebagai alternatif mengelak kerugian setelah jualan lokan yang diusahakan sejak 30 tahun lalu kurang mendapat sambutan.

Rosdi Che Lah, 48, berkata, idea itu tercetus setelah melihat banyak lokan rosak apabila tidak habis terjual dan inisiatif itu dilakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sekarang ini, persaingan jualan lokan sangat tinggi kerana faktor lokasi kurang strategik yang menyebabkan jualan semakin meruncing, sehingga untuk menjual 10 kilogram (kg) lokan pun agak sukar, berbanding mereka yang berniaga di tepi jalan utama.

“Saya mencari jalan bagi mengelakkan kerugian apabila lokan tidak habis terjual atau rosak begitu sahaja,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia.

Menurut Rosdi, setiap dua hari dia mengambil bekalan lokan kira-kira 120kg daripada penduduk kampung yang mencari dan membekalkan kepadanya.

Katanya, daripada bekalan itu, dia mengagihkannya mengikut saiz selain mengeluarkan isinya menggunakan teknik khas dan membersihkannya sebelum dibekukan dalam tempoh 24 jam dalam peti sejuk beku.

“Bagi sekilogram isi lokan sejuk beku ia hampir menyamai 10 ke 20kg lokan hidup, meskipun begitu lokan sejuk beku ini juga adalah lokan segar yang diproses sebaik sahaja dibawa naik dari sungai. Saya mengehadkannya antara 30 hingga 40kg,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya