'Letupan umpama pesawat terhempas'

‘Letupan umpama pesawat terhempas’

TANGKAP layar menunjukkan sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian terjejas akibat kebakaran membabitkan saluran paip gas di Putra Height.- Media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penduduk berhampiran Jalan Putra Harmoni, Putra Height dekat sini, mendakwa mendengar letupan kuat umpama ‘pesawat terhempas’ sebelum berlaku kebakaran membabitkan saluran gas di lokasi kejadian.

Penduduk ingin dikenali sebagai Cheng berkata, dia dan isterinay yang tinggal kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian mendengar bunyi letupan pada kejadian pukul 8 pagi.

“Ketika itu saya dan isteri baru bangun tidur dan terdengar bunyi letupan seperti pesawat terhempas.

“Kemudian bumbung rumah kami mula jatuh dan barang plastik di rumah ‘cair’.

“Ketika itu saya tidak pasti nak keluar atau tidak namun rumah mula dipenuhi asap jadi saya dan isteri cuba menyelamatkan diri melalui pintu belakang kerana api marak,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dia dan isteri mengalami cedera luka dan melecur akibat kejadian terbabit.

Terdahulu, media melaporkan kira-kira 25 mangsa menerima rawatan awal ekoran kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height.

Difahamkan, kesemua mangsa yang kebanyakan mengalami luka, melecur dan sukar bernafas itu menerima rawatan awal di sebuah kuil berhampiran kawasan kejadian oleh beberapa petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Difahamkan seramai lima mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN