Letupan paip gas: Penduduk diberi masa 40 minit, ambil barang dari rumah

Letupan paip gas: Penduduk diberi masa 40 minit, ambil barang dari rumah

WEE YIT SHUEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Beberapa penduduk di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights yang kediaman mereka terbakar dalam kejadian letupan saluran paip gas baru-baru ini diberi masa selama 40 minit pagi ini untuk mengambil barangan peribadi masing-masing.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kesemua mereka membawa beg bagasi selepas menaiki trak polis dari kediaman mereka yang terjejas.

Penduduk yang tinggal di Lorong 3F, Wee Yit Shuen, 32, memberitahu, separuh struktur rumahnya hangus terbakar dan keretanya turut musnah.

Tambahnya, keadaan menjadi semakin teruk apabila hujan lebat sehingga menyebabkan air bertakung di dalam rumah.

Keadaan itu katanya, memberikan kesukaran untuknya masuk semula ke rumah bagi mengambil dokumen penting seperti pasport dan barangan peribadi lain.

“Kami hanya dibenarkan masuk ke kediaman masing-masing selama 40 minit bagi mengeluarkan barangan penting.

“Struktur rumah tidak stabil kerana masih terdapat serpihan-serpihan bumbung yang runtuh serta ketiadaan bekalan elektrik menambahkan lagi risiko keselamatan,” katanya.

Dia ditemui berhampiran Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, di sini, hari ini.

Yit Shuen berkata, dia bagaimanapun lega kerana menerima bantuan kenderaan daripada syarikat penjualan kereta terpakai, Carro untuk kegunaannya sekeluarga buat sementara waktu.

“Kami juga mengambil keputusan untuk menyewa bilik selepas rumah musnah akibat kebakaran itu.

“Saya kini hanya bimbang tidak dapat menjalankan operasi perniagaan seperti biasa. Perniagaan terpaksa ditutup sementara, sedangkan itu adalah sumber pendapatan utama, saya bukannya kerja makan gaji seperti orang lain,” luahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya