Letupan paip gas: Nadma salur bantuan RM14.7 juta 

Letupan paip gas: Nadma salur bantuan RM14.7 juta 

KHAIRUL SHAHRIL IDRUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menyalurkan peruntukan bantuan bencana kepada Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM14.7 juta tahun ini, antaranya untuk membantu mangsa-mangsa insiden letupan paip gas di Putra Heights.

Ketua Pengarah Nadma, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1,000 diperuntukkan untuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) dengan diberikan  kepada ketua isi rumah yang terjejas.

Katanya, manakala RM10,000 pula BWI untuk kematian diberikan kepada waris mangsa bencana yang kehilangan nyawa.

“Bantuan ini juga disediakan bagi membantu mangsa bencana yang terjejas akibat kebakaran paip gas di Putra Heights. 

“Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Petaling selaku Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah akan mengagihkan bantuan berdasarkan senarai nama ketua isi rumah mangsa bencana yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya dalam kenyataan menerusi platform Facebook, hari ini. 

Khairul Shahril berkata, setiap rumah yang terkesan akibat bencana ini turut menerima bantuan tunai bernilai RM10,000 yang disalurkan kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya, iaitu RM5,000 daripada kerajaan Persekutuan dan RM5,000 daripada Petronas. 

“Manakala pemilik yang rumahnya separa musnah menerima sumbangan sebanyak RM5,000, iaitu RM2,500 daripada kerajaan Persekutuan dan RM2,500 daripada Petronas,” jelasnya. 

Katanya, Kerajaan Negeri Selangor turut bersetuju memberikan bantuan sewaan sebanyak RM2,000 sebulan selama enam bulan kepada setiap keluarga yang terkesan untuk membolehkan mereka menyewa rumah, sementara rumah sedia ada sedang diperbaiki ataupun dibina semula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya