Letupan paip gas: MSA Safety bekalkan 10 unit alat pengesan gas

Letupan paip gas: MSA Safety bekalkan 10 unit alat pengesan gas

putra height
KEADAAN kediaman dan kenderaan penduduk yang musnah susulan insiden kebakaran melibatkan saluran paip gas di Kampung Kuala Sungai Baru, Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Syarikat MSA Safety Sdn. Bhd. membekalkan lebih 10 unit peralatan pengesanan gas bagi membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci di lokasi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights.

Pengurus bertauliah dari syarikat swasta itu, Nur Fadhilah Mohd Khalid berkata, peralatan itu berupaya mengesan pelbagai gas termasuk oksigen, karbon monoksida dan hidrogen sulfida.

Jelasnya, banyak pemain industri seperti Petronas menggunakan peralatan itu bagi keselamatan operasi.

“Lapan daripada alat itu adalah jenis personal gas detector Altair 4X4, manakala selebihnya multigas detector Altair 5X.

“Peralatan ini mampu mengesan kebocoran gas dalam radius sekitar lebih tiga meter dan sesuai digunakan di kawasan terhad seperti ruang tertutup atau kawasan terbuka,” katanya di Putra Heightsi, hari ini.

Alat pengesanan gas model Altair 5X dilengkapi pam untuk mengambil sampel gas secara terus dari kawasan berisiko.

Pengesanan gas model Altair 4XR pula berfungsi dengan mod resapan (diffusion mode) yang akan menyerap gas apabila berdekatan dengan sumber, dengan kedua-dua model mengeluarkan bunyi jika terdapat kehadiran gas berbahaya.

Syarikat swasta itu merupakan pengeluar dan pembekal peralatan keselamatan dari Amerika Syarikat.

Nur Fadhilah berkata, peralatan pengesanan gas itu berada di pasaran tempatan sejak 2008 dan pernah digunakan di beberapa kawasan bencana, termasuk semasa insiden pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor pada Mac 2019.

“Alat ini boleh dipakai selama 24 jam dan hanya perlu dicaj semula dalam tempoh empat jam. Jika amaran diberikan, pengguna perlu mengosongkan kawasan terjejas segera,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya