Letupan paip gas: Mangsa bersyukur rumah didiami lebih sedekad tidak terjejas

Letupan paip gas: Mangsa bersyukur rumah didiami lebih sedekad tidak terjejas

putra height
KEADAAN kediaman dan kenderaan penduduk yang musnah susulan insiden kebakaran melibatkan saluran paip gas di Kampung Kuala Sungai Baru, Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Seorang penduduk Kampung Tengah di sini bersyukur kediamannya tidak terjejas dalam insiden letupan dan kebakaran paip gas di Putra Heights di sini meskipun empat motosikal miliknya musnah dalam kejadian terbabit.

Zamin Akbar, 56, berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri dan anak-anak berada di kampung halaman di Perak bagi menyambut Aidilfitri.

“Saya dapat tahu kejadian ini melalui isteri yang terima maklumat dari jiran memberitahu banyak rumah musnah menyebabkan hati saya masa tu risau sangat.

“Motor ada empat biji semua hangus tiada tinggal apa sudah, tapi Alhamdulillah rumah masih berdiri, tak terbakar macam rumah yang lain,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, walaupun masih trauma dengan insiden letupan dan kebakaran saluran paip gas terbabit namun dia bersyukur rumah didiami sejak 18 tahun lalu tidak mengalami kerosakan teruk berbanding jiran lain.

“Dari luar, rumah itu tidak mengalami kerosakan teruk namun pemeriksaan dalaman masih belum dilakukan.

“Cuma belum sempat periksa wiring (pendawaian) dan keselamatan dalaman,” katanya.

Dia yang mempunyai lima orang anak berkata, ramai jirannya masih belum dapat pulang kerana rumah masing-masing mengalami kerosakan serius dan kini masih menetap di PPS.

“Sejak hari kedua kejadian, saya sekeluarga tidak menetap di Pusat Penempatan Sementara (PPS), sebaliknya menumpang di rumah seorang rakan di Cyberjaya,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya