Letupan paip gas: Laporan diserah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri - Bomba

Letupan paip gas: Laporan diserah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri – Bomba

NOR HISHAM MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Penilaian akhir kawasan terjejas akibat kebakaran paip gas di Taman Putra Harmoni, Putra Heights, akan dibentangkan selepas proses laporan akhir siap dikompilasikan.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, laporan tersebut akan terlebih dahulu diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri sebelum sebarang pengumuman rasmi dibuat.

“Setakat ini, laporan akhir masih dalam proses kompilasi. Kami akan bentangkan hasil penilaian terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan,” katanya di Putra Heights, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 25 pegawai penyiasat kebakaran telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi melaksanakan penilaian akhir secara menyeluruh.

Katanya, pegawai berkenaan terdiri daripada anggota Unit Penyiasatan Kebakaran JBPM yang berpengalaman dan terlatih dalam pelbagai aspek penyiasatan kebakaran.

“Mereka dibawa khas dari lima negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor,” ujarnya.

Menurutnya, pasukan tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu satu kumpulan fokus kepada anggaran kerugian dan satu lagi kepada aspek teknikal melibatkan struktur serta keselamatan.

“Semua pegawai ini memiliki kepakaran masing-masing bagi memastikan laporan akhir yang disediakan adalah lengkap, tepat dan menyeluruh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya