Letupan paip gas: Kerajaan Selangor serah siasatan sepenuhnya kepada polis

Letupan paip gas: Kerajaan Selangor serah siasatan sepenuhnya kepada polis

Datuk Seri Amirudin Shari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menyerahkan sepenuhnya siasatan kes insiden letupan paip gas di Putra Heights kepada pihak polis.

 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri enggan mencampuri urusan siasatan tersebut bagi mengelak tanggapan negatif.

 

“Kerajaan negeri mahu mengelak menjadi pihak yang menyiasat kes ini bagi mengelak timbulnya tanggapan buruk daripada sesetengah pihak. Nanti ada pihak tuduh kerajaan negeri akan membela atau melindungi pihak tertentu.

 

“Kerajaan negeri faham kes ini sensitif. Jadi, kami memberikan seluasnya ruang kepada polis untuk menyiasat kes ini, dengan mereka boleh memanggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan kes tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Dewan Negeri, hari ini.

 

Menurutnya, setakat ini pihak polis telah memanggil 118 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan dan tidak memaklumkan kepadanya siapa yang dipanggil.

 

Amirudin berkata, pihak berkuasa menutup sebuah jalan yang terletak 30 meter (m) dari kawasan letupan bagi kerja cerapan oleh pasukan teknikal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya