Letupan paip gas: Kerajaan Selangor salur bantuan anak OKU terjejas

Letupan paip gas: Kerajaan Selangor salur bantuan anak OKU terjejas

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Anfaal Saari ketika sidang akhbar di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights di sini, hari ini. Gambar ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Seramai enam individu orang kurang upaya (OKU) berusia bawah 18 tahun yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Masjid Putra Heights layak menerima bantuan Iltizam Anak Istimewa Selangor (Anis).

 

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, insentif itu merupakan komitmen kerajaan negeri dalam menyalurkan bantuan kewangan bagi tujuan perubatan, pendidikan dan peralatan anak-anak OKU.  

 

“Ada seorang kanak-kanak OKU yang saya berjumpa sebentar tadi mempunyai sumbing di mulut. Dia perlu mengikuti kelas khas kerana mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan.

 

“Jadi, kita hendak memastikan apakah bentuk bantuan yang bersesuaian untuk anak-anak tersebut. Permohonan bantuan sudah dibuka sejak semalam yang diselaraskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),” katanya selepas melawat mangsa di PPS itu, di sini hari ini.

 

Sementara itu, Anfaal berkata, penduduk yang terjejas di Kampung Kuala Sungai Baru dan Taman Putra, Putra Heights hanya akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas tahap kualiti udara disahkan benar-benar selamat.

 

Katanya, terdapat kes mangsa yang kembali semula ke PPS selepas anaknya mengalami masalah pernafasan dipercayai akibat kesan pencemaran walaupun 130 buah rumah sudah mendapat kelulusan teknikal untuk diduduki.

 

“Setiap rumah perlu dipastikan mendapatkan bekalan elektrik dan air yang sempurna sebelum boleh diduduki. Bukan sahaja daripada aspek teknikal, tetapi daripada aspek alam sekitar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya