Lesen eksport kayu dibatal jika syarikat gagal patuhi syarat

Lesen eksport kayu dibatal jika syarikat gagal patuhi syarat

JOHARI Abdul Ghani ketika Majlis Apresiasi MTIB dan Pelancaran buku Anatomi & Pengecaman Kayu Malaysia di Vivatel Hotel Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN/MUHAMMAD NAIM HELMI HAFIDZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) akan membatalkan lesen eksport mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat, termasuk memanipulasi produk import siap untuk dieksport semula sebagai produk tempatan.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pihaknya mengesan terdapat syarikat yang cuba mengambil jalan pintas dengan mengimport produk siap, menukar sijil asal dan mengeksport semula produk berkenaan atas nama Malaysia.

“Ada (kes sebelum ini). Kalau MTIB dapat kesan, syarikat itu tidak lagi akan dibenarkan mengeksport. Ini satu bentuk manipulasi dan tindakan seperti ini tidak boleh dibiarkan,” katanya selepas merasmikan Majlis Apresiasi MTIB dan Pelancaran Buku Anatomi dan Pencegahan Kayu Malaysia, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi MTIB, Datuk Larry Sng Wei Shien.

Johari berkata, permit eksport yang dikeluarkan MTIB kepada syarikat-syarikat berkenaan hanya sah untuk tempoh 60 hari bagi setiap penghantaran dan semua pemain industri wajib mematuhi garis panduan ditetapkan.

Beliau berkata, bahan mentah dari luar negara hanya boleh diimport sebagai input untuk pemprosesan dalam negara, bukan dalam bentuk produk siap.

“Saya sudah beritahu kepada pemain industri bahawa mereka hanya boleh import bahan mentah. Kalau nak eksport, produk itu mesti ada sekurang-kurangnya 60 peratus nilai tambah tempatan.

“Kita tidak boleh benarkan produk siap dari luar terus masuk dalam kontena, tukar sijil asal dan dieksport semula. Itu tidak sah dan tidak boleh berlaku,” katanya.

Pada masa sama, Johari menekankan kepentingan mengekalkan kualiti tinggi dalam produk eksport perkayuan negara agar terus berdaya saing di pasaran antarabangsa meskipun berdepan tekanan seperti tarif Amerika Syarikat (AS).

“Dunia hari ini mahukan produk berkualiti tinggi. Walaupun ada tarif, kita masih boleh eksport kerana industri ini mencatat eksport bernilai RM22.9 bilion tahun lalu.

“AS merupakan pasaran terbesar kita. Jika kita hasilkan produk perabot dengan rekaan yang menarik, unik dan berkualiti, pembeli tetap sanggup membayar pada harga yang berpatutan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya