Lenggong bakal diangkat UNESCO Global Geopark

Lenggong bakal diangkat UNESCO Global Geopark

ANTARA sebahagian peserta yang menyertai seminar Aspiring Lenggong UNESCO Global Geopark (aLUGGP) baru -baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING  JAYA: Lebih 20 pakar geopark tempatan dan antarabangsa telah menyertai seminar anjuran Aspiring Lenggong UNESCO Global Geopark (aLUGGp) .

 

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Dr. Chin Thoo Kim berkata, seminar yang dianjurkan selama tiga hari itu diadakan bagi menyokong usaha mengiktiraf Lenggong sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp) yang seterusnya di Malaysia selepas Langkawi.

 

Katanya, seminar itu turut menampilkan pembentangan kertas kerja  wakil daripada Rangkaian Geopark Global (GGN), Rangkaian Geopark Asia Pasifik (APGN) serta ahli Majlis UNESCO Global Geopark.

 

““Seminar ini memperkukuh jalinan strategik dan komitmen bersama untuk menjadikan geopark Malaysia sebagai model pembangunan mampan bertaraf dunia.

 

“Pihak kementerian menyokong penuh inisiatif kerajaan negeri, khususnya Kerajaan Negeri Perak  dalam menerajui usaha mengangkat Lenggong ke pentas pengiktirafan global. 

 

“Selain itu, kementerian menerusi  Jabatan Mineral dan Geosains  terus komited terhadap kerjasama teknikal seperti pemetaan geologi, penilaian geo-warisan, serta pemantapan tadbir urus geopark berasaskan nilai saintifik, budaya, sejarah dan estetik,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

 

Antara tokoh utama yang hadir dalam seminar itu antaranya Timbalan Presiden Global Geopark Network (GGN,  Prof. Emeritus Datuk  Dr Ibrahim Komoo dan Ahli Majlis UNESCO Global Park Prof. Dr Alireza Amrikazemi.

 

Mingguan Malaysia sebelum ini pernah melaporkan tentang potensi Lenggong yang menyimpan sejarah peradaban manusia purba -UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya