Lemang terakhir Adik Mi buat keluarga

Lemang terakhir Adik Mi buat keluarga

NOR Zaini Che Nor Allasahlila Puttera (kiri) pilu ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Taiping, Perak hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Salah seorang mangsa kejadian lemas dalam lubang pembetung di Kampung Ibol, Sumpitan dekat Lenggong semalam, Mohd. Suhaimi Puttera sempat membuatkan lemang buat ahli keluarganya sempena Aidilfitri tahun ini.

Menurut kakak mangsa, Nor Zaini Che Nor Allasahlila Puttera, 39, dia memang tidak menyangka lemang tersebut merupakan yang terakhir dibuat oleh adik bongsunya itu untuk keluarga.

“Memang setiap hari raya, (Adik Mi) Mohd. Suhaimi akan buatkan lemang untuk keluarga, memang lemang yang dibuatnya sedap. Kami tidak sangka raya tahun ini adalah kali terakhir dia buat lemang untuk kami,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Taiping di sini hari ini.

Semalam, tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia meninggal dunia akibat lemas dalam lubang pembetung ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan di tapak pembinaan sebuah resort baharu di Kampung Ibol, Sumpitan dekat Lenggong.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, dua lelaki tempatan berusia 29 dan 37 tahun disahkan maut di lokasi kejadian manakala lelaki warga Indonesia itu meninggal dunia di Hospital Gerik.

Sementara itu, Nor Zaini memberitahu tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sebelum cuma kelihatan lebih ceria berbanding biasa semasa menyambut Aidilfitri.

“Cuma raya kali ini dia tidak henti mahu mengambil gambar dan video bersama kami,” katanya yang memberitahu arwah adiknya itu meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki berusia dua tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya