Lelaki terjun ke laut selamatkan bot ditemukan lemas

Lelaki terjun ke laut selamatkan bot ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Lelaki berusia 50 tahun yang terjun ketika cuba menyelamatkan botnya di rumah api di Pantai Sungai Pelek petang Sabtu lalu ditemukan lemas pagi tadi.

Mayat mangsa ditemukan kira-kira pukul 11 pagi tadi di kawasan Jimah Power, Port Dickson, iaitu sejauh lima kilometer (km) daripada lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang telah menyalurkan maklumat serta semua agensi yang terlibat dalam usaha mengesan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, seorang lelaki bertindak terjun ke laut berhampiran rumah api di Pantai Sungai Pelek, di sini dalam usaha menyelamatkan botnya yang hanyut di bawa arus.

Dalam kejadian kira-kira 5.27 petang itu, mangsa dilaporkan lemas akibat di bawa arus deras. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya