Lelaki Myanmar dikhuatiri lemas, terjatuh ke dalam kolam takungan LRA ketika memancing

Lelaki Myanmar dikhuatiri lemas, terjatuh ke dalam kolam takungan LRA ketika memancing

MOHAMAD Hatta Che Din (tengah) dan Ketua Operasi Zon 1, Penolong Kanan Pengusaha Bomba, Mohd. Taha Husain (tiga dari kiri) ketika meninjau lokasi mencari dan menyelamat seorang lelaki Myanmar yang dikhuatiri lemas di LRA Sungai Linggi, di Rantau, Seremban hari ini. UTUSAN/ NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki warganegara Myanmar dikhuatiri lemas selepas terjatuh di kolam takungan air Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi, di Rantau, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, mangsa berusia 35 tahun dikenali sebagai Biak merupakan pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Menurutnya, pihaknya mendapat maklumat mengenai insiden berkenaan kira-kira pukul 5.40 petang apabila seorang pemandu e-hailing menahan pasukan polis Unit Kereta Peronda (MPV) fsn memaklumkan terdapat individu lemas.

“Kami percaya dalam empat ke lima individu memancing (menangkap ikan) di sini. Salah seorang dari mereka terjatuh dari batu-bata. 

“Jadi kita mulakan pencarian bermula 7 petang semalam dan terpaksa ditamatkan kira-kira 12 tengah malam atas faktor hujan, selain kedalaman air melebihi lima meter.

“Pasukan penyelamat termasuk bomba menyambung pencarian hari ini dengan memperluaskan lagi sehingga ke Jambatan Sungai Linsum. Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai orang hilang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar Mohamad Hatta lagi, berdasarkan siasatan awal, mangsa datang bersama adik-beradiknya yang lain dan sering menjala di kawasan tersebut terutamanya waktu cuti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya