Lelaki lemas dihanyut kepala air di Air Terjun Asahan

Lelaki lemas dihanyut kepala air di Air Terjun Asahan

SEORANG lelaki berusia 27 tahun disyaki lemas selepas dihanyutkan kepala air ketika mandi bersama dua rakannya di kawasan Kolam Air Terjun Asahan, Tangkak, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai lemas selepas dihanyutkan kepala air ketika mandi bersama dua rakannya di kawasan Kolam Air Terjun Asahan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Talib berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.59 petang apabila Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak menerima panggilan telefon daripada seorang wanita memaklumkan kejadian tersebut.

“Mangsa bersama dua rakannya sedang mandi di kawasan air terjun sebelum tiba-tiba berlaku kejadian kepala air menyebabkan seorang daripada mereka dihanyutkan arus deras.

“Bagaimanapun, dua rakan mangsa masing-masing berusia 27 tahun dan 24 tahun dapat menyelamatkan diri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta orang awam masih diteruskan bagi mengesan mangsa yang hilang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya