Lelaki hina PM ke mahkamah minggu depan

Lelaki hina PM ke mahkamah minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis melengkapkan siasatan kes seorang lelaki menghina Perdana Menteri melalui aplikasi Tiktok dan suspek tersebut dijangka dihadapkan ke mahkamah minggu depan untuk perbicaraan.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, ketika ini polis sedang menunggu laporan penuh daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.

“Siasatan turut mendapati suspek tidak mewakili mana-mana parti politik dan bersifat peribadi,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Konsortium E-Mutiara-Semesra Syawal, di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum itu melaporkan, perbuatan seorang lelaki yang menghina Perdana Menteri membawa padah apabila dia ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung tindakan tersebut.

Terdahulu, suspek mengaku bersalah dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Bachok pertuduhan menyimpan bahan lucah selepas pemeriksaan dilakukan ke atas telefon pintar miliknya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya