PETALING JAYA: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat berada di sebuah pasar raya di Kota Damansara, di sini, Sabtu lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan individu dikenali sebagai Cheong Kin Meng, 37, pada pukul 1.51 pagi hari ini.
“Kin Meng mempunyai ketinggian kira-kira 163 sentimeter, berat 80 kilogram, berkulit putih, bermata hitam serta berhidung bersaiz sederhana, dia dipercayai berada di pasar raya berkenaan sekitar pukul 5 petang sebelum dilaporkan gagal dikesan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Mohd. Nasir Mustapha di talian 012-7896691 / 03-61421222.
Maklumat juga boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222. – UTUSAN