Lelaki ditemukan mati ketika kerja pendawaian siling rumah - Utusan Malaysia

Lelaki ditemukan mati ketika kerja pendawaian siling rumah

LELAKI yang ditemukan meninggal dunia di atas siling sebuah rumah di Taman Chemor Perdana, Chemor di Ipoh. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki berusia 39 tahun ditemukan meninggal dunia di atas siling sebuah rumah di Taman Chemor Perdana, Chemor di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, lelaki terbabit dikatakan tidak sedarkan diri ketika melakukan kerja-kerja pendawaian.

Katanya, maklumat kejadian itu kemudian dilaporkan kepada pihak bomba pada pukul 6.23 petang.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun yang hadir ke lokasi kejadian segera melakukan tugas penyelamatan dengan menaiki ruangan siling rumah menggunakan tangga.

“Anggota Perkhidmatan Perubatan Perawatan Kecemasan (EMRS) kemudiannya melakukan rawatan awal dengan memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa sebelum petugas perubatan mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa turun ke bawah dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 8.27 malam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya