Lelaki ditahan dipercayai ugut penguat kuasa DBKL

Lelaki ditahan dipercayai ugut penguat kuasa DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki dipercayai membuat ugutan jenayah terhadap penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima laporan polis mengenai satu posting di Facebook mengenai sebuah tangkap layar perbualan dalam kumpulan WhatsApp mengenai ancaman dan hasutan kepada penguat kuasa DBKL.

Katanya, pengadu menyatakan tangkap layar whatsapp tersebut merupakan ancaman, hasutan dan berbau ugutan dengan niat terhadap penguat kuasa DBKL sebagai penjawat awam yang menguatkuasakan undang-undang.

“Susulan itu, Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras hari ini menahan seorang lelaki berusia 57 tahun pada 12.10 tengah malam.

“Suspek tersebut dipercayai telah membuat ugutan jenayah terhadap penguat kuasa DBKL,” katanya dalam kenyataan hari ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya