Lebih 580,000 pelajar Johor terima lencana Jalur Gemilang

Lebih 580,000 pelajar Johor terima lencana Jalur Gemilang

AZNAN Tamin memakaikan lencara Jalur Gemilang kepada seorang murid pada Majlis Peluncuran Lencana Jalur Gemilang di SK Bandar Penawar 2, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Lebih 580,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri ini menerima lencana Jalur Gemilang hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berharap semua sekolah dapat melaksanakan pemantauan terhadap pemakaian lencana Jalur Gemilang supaya seragam dan konsisten.

Beliau juga menggalakkan koperasi sekolah menjual lencana Jalur Gemilang itu bagi memudahkan ibu bapa membelinya.

“Memang dua lencana diberikan secara percuma, mungkin di peringkat jabatan boleh bincang dengan sekolah untuk sediakan jualan lencana di koperasi sekolah untuk mudahkan pelajar dapatkannya.

“Lencana Jalur Gemilang ini bukan sekadar lencana biasa, ia ada makna dan harap dapat dijaga dengan elok. Ibu bapa harap dapat nasihatkan anak-anak agar meletakkan di tempat baik agar tidak hilang,” katanya selepas meluncurkan  lencana Jalur Gemilang peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Penawar 2, dekat sini hari ini. 

Aznan berkata, pemakaian lencana itu bukan sekadar simbolik, malah mempunyai nilai murni yang perlu dipupuk dalam jiwa setiap anak bangsa.

“Ini bukan hanya isu sambutan Hari Kebangsaan, tetapi soal menanam dan menyemarakkan rasa cinta terhadap negara yang perlu disemai sepanjang masa.

“Bukan tiba bulan Ogos sahaja kita semarak rasa cinta itu, tetapi anak-anak bangsa Malaysia perlu ditanam sifat cintakan negara sejak awal lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya