Semua jalan ke KLIA2 ditutup sementara esok dan 17 April

Semua jalan ke KLIA2 ditutup sementara esok dan 17 April

klia2
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua penumpang yang menggunakan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau KLIA2 perlu menggunakan perkhidmatan KLIA Transit melalui Terminal 1 pada esok (15 April) dan lusa (17) April.

Ini ekoran jalan yang biasa digunakan ke KLIA2 akan ditutup sementara pada dua hari tersebut ekoran lawatan Presiden China, Xi Jinping.

Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) dalam hantaran di Facebook memberitahu, dalam tempoh itu tidak ada kenderaan dibenarkan ke kawasan balai berlepas atau ketibaan di KLIA2.

Sebaliknya, para penumpang perlu ke Terminal 1 dan menggunakan perkhidmatan KLIA Transik untuk ke KLIA2, begitu juga dengabn ketibaan.

“Terminal 2 hanya boleh diakses melalui KLIA Transit dari Terminal 1. Penumpang yang tiba di Terminal 2 perlu menaiki KLIA Transit ke Terminal 1 untuk perjalanan seterusnya,” menurut kenyataan itu.

Penutupan jalan sepenuhnya akan dilaksanakan bermula pukul 6 petang esok  sehingga 7 malam dan pada 17 April dari pukul 8.50 pagi sehingga 9.50 pagi melibatkan Lebuhraya KLIA, Lebuhraya Elite, Lingkaran Putrajaya, Lebuhraya Putrajaya-Dengkil, persiaran Selatan, Lebuh Gemilang dan Jalan P5. 

Dalam pada itu, MAHB menasihatkan semua penumpang untuk merancang perjalanan mereka ke dan dari lapangan terbang di luar waktu penutupan jalan bagi mengelakkan kelewatan.

Sebagai alternatif, penumpang digalakkan menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres dari KL Sentral ke Terminal 1 dan 2 atau KLIA Transit dari KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya dan Cyberjaya atau Salak Selatan.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN