Lawatan China: Dirancang lebih awal

Lawatan China: Dirancang lebih awal

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia telah dirancang lebih awal bagi memperkukuh hubungan dua hala.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, lawatan rasmi itu juga merupakan usaha berterusan kedua-dua negara untuk membincangkan pelbagai perkara meskipun lawatan ini berlangsung dalam suasana geopolitik serta geoekonomi serantau yang mencabar.

“Perdana Menteri menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara perdagangan yang mengamalkan keterbukaan dan hubungan seimbang dengan semua rakan antarabangsa.

“Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia juga memikul tanggungjawab penting untuk terus mendukung keterangkuman dan keamanan serantau,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia hari ini.

Jinping dijangka akan mengadakan lawatan beliau dari 15 April sehingga 17 April ini.

Dalam pada itu ,Tengku Nashrul berkata, Perdana Menteri juga berharap pengendali perkhidmatan pengangkutan awam perlu memastikan persediaan aset berada dalam keadaan baik untuk beroperasi sepenuhnya ekoran penutupan beberapa jalan susulan lawatan berkenaan.

Katanya, Perdana Menteri turut menyarankan orang ramai untuk merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengurangkan kesulitan dan memastikan urusan berjalan lancar.

“Seperti mana yang dimaklumkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman (JSPT) 17 laluan sekitar Lembah Klang dan Putrajaya akan turut ditutup atau dilencongkan secara berperingkat sepanjang lawatan negara ini berlangsung atas faktor keselamatan dan kelancaran istiadat rasmi negara.

“Perdana Menteri mengambil maklum berhubung kesulitan yang timbul susulan penutupan beberapa laluan utama Sabtu lalu bagi memberi laluan kepada sesi raptai sempena lawatan Jinping,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya