Lamborgini dipandu lelaki warga China tidak disita

Lamborgini dipandu lelaki warga China tidak disita

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan saman dikenakan terhadap lelaki warga China yang memandu kereta Lamborgini tanpa lesen dalam sekatan jalan raya di Jalan Bangsar, di sini kelmarin.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, lelaki berusia 28 tahun itu tidak ditahan kerana mempunyai dokumen perjalanan yang sah. 

Menurut beliau, semakan mendapati kenderaan mewah berkenaan bukan milik lelaki itu.

“Justeru Lamborgini berkenaan tidak disita kerana pemiliknya mempunyai lesen memandu yang sah dan hadir ke lokasi ketika operasi dijalankan. 

“Saman dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik kenderaan mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Iaitu mana-mana orang yang melanggar Subsekyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya,” katanya di sini.

Beliau berkata, pemilik terbabit di saman atas kesalahan membenarkan pemandu yang tidak memilik lesen yang sah menggunakan kenderaan.

Terdahulu, media melaporkan tindakan seorang lelaki warga China memandu kereta Lamborghini tanpa lesen membawa padah apabila ditahan JPJ dalam sekatan jalan raya di Jalan Bangsar. 

Menerusi Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) yang dijalankan bermula 8 malam itu, kenderaan milik pencipta kandungan berusia 28 tahun terbabit disita bagi tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya