Laluan Seafield ke Bandar Saujana Putra dibuka semula

Laluan Seafield ke Bandar Saujana Putra dibuka semula

PLUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) membuka semula laluan antara Seafield hingga ke Bandar Saujana Putra di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) (Arah Selatan) kira-kira pukul 1:51 petang ini.

Sebelum ini, laluan antara Seafield hingga ke Bandar Saujana Putra ditutup untuk semua kenderaan sebagai langkah keselamatan susulan kebakaran salura paip gas di Putra Heights.

“Sehubungan itu, PLUS mengucapkan terima kasih atas sokongan, kerjasama dan kesabaran semua pengguna lebuh raya semasa tempoh penutupan laluan dijalankan,” katanya.

Terdahulu, laluan di antara Seafield hingga ke Bandar Saujana Putra ditutup untuk semua kenderaan sebagai langkah keselamatan berikutan insiden kebakaran di Putra Heights berhampiran Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), hari ini.

Lebuhraya Usaha Sama Berhad (PLUS) memaklumkan, pengguna yang menghala ke selatan akan dilencongkan ke Plaza Tol Seafield dan masuk semula ke Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Bandar Saujana Putra.

“Manakala, pengguna yang menghala ke utara diarahkan keluar di Plaza Tol Bandar Saujana Putra dan masuk semula ke Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Seafield.

“Pada masa yang sama, semua laluan masuk ke Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol USJ dan Putra Heights juga ditutup kepada semua kenderaan sebagai langkah keselamatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya