Laluan kenderaan berat di Plaza Tol Seafield ditutup enam hari mulai esok

Laluan kenderaan berat di Plaza Tol Seafield ditutup enam hari mulai esok

plus
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerja-kerja penyelenggaraan jalan akan dilaksanakan di Plaza Tol Seafield (Laluan Keluar–K24), Lebuhraya Utara-Selatan selama enam hari bermula esok bagi meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi kenyataan memaklumkan, laluan paling kiri di plaza tol tersebut iaitu laluan khas untuk kenderaan berat dan lebar akan ditutup dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam sepanjang tempoh penyelenggaraan.

“Sepanjang penutupan ini, pengguna kenderaan berat yang melebihi had lebar dinasihatkan perlu menggunakan laluan alternatif menerusi Plaza Tol USJ atau Plaza Tol Ebor (arah selatan),” katanya.

PLUS turut menggesa pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal dan memanfaatkan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini serta laluan yang sesuai.

Pada masa sama, pengguna dinasihatkan agar mematuhi papan tanda trafik dan arahan petugas lebuh raya bagi menjamin kelancaran dan keselamatan sepanjang melalui kawasan kerja penyelenggaraan tersebut.

Maklumat trafik semasa boleh diperoleh menerusi pembantu maya PUTRI, aplikasi X @plustrafik, serta papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi strategik.

Sebarang bantuan kecemasan pula boleh didapati dengan menghubungi PLUSLine di talian 1800-88-0000. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN