Lagu raya juga patut syahdu, macam takbir raya - Loque

Lagu raya juga patut syahdu, macam takbir raya – Loque

lagu raya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Loque, berpendapat lagu raya masa kini tidak perlu terikat dengan rentak rancak semata-mata sebaliknya meraikan nada sayu yang menerbitkan rasa kesyahduan. 

Oleh itu, Loque menerusi band MonoloQue menerbitkan lagu Rindu Dendam Hari Raya yang mengambil inspirasi daripada perasaan sayu setiap kali mendengar takbir di pagi raya. 

Jika ada yang tanya mengapa lagu raya hari ini banyak yang meriah, memang lagu raya perlu meriah. Tapi saya berpendapat, lagu raya juga perlu syahdu dan sayu. 

“Saya suka perasaan sayu seperti kita mendengar takbir raya nusantara. Tapi tidak bermakna saya tidak meraikan lagu meriah, lagu raya daripada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee juga saya suka. Tapi saya cenderung menghasilkan lagu-lagu raya yang sayu. 

“Sayu mungkin lembut, tapi tidak bermakna lembik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Bercerita lebih lanjut mengenai proses penghasilan Rindu Dendam Hari Raya, sebagai komposer, Loque atau Khairil Ridzwan Anuar turut terinspirasi daripada lagu yang pernah dihasilkan penyanyi popular era-50 an, R Azmi.

“Lagu Rindu Dendam Hari Raya ada sedikit melodi daripada R Azmi iaitu seorang biduan negara yang terkenal tapi mati dalam kemiskinan. 

“Beliau telah menyelamatkan saya daripada writers block pada 2006. Jadi, lagu ini saya hasilkan sebagai tribute kepada Allahyarham. 

“Tajuk ‘Rindu Dendam’ juga saya ambil kerana beliau pernah mempunyai lagu tajuk yang sama. Ada juga melodi lagu itu yang saya pinjam sedikit,” katanya yang kali terakhir menghasilkan lagu raya pada 2013. 

Dalam pada itu, Loque mengambil masa sebulan untuk menyiapkan lagu Rindu Dendam Hari Raya termasuklah video muzik yang kini boleh ditonton di YouTube.

“Lagu ini saya mulakan pada hari pertama Ramadan dan Alhamdulillah sempat saya habiskan sebelum habis Ramadan.

“Segala rakaman, alunan muzik, muzik video semua selesai dalam sebulan. Sebenarnya lagi seronok kalau boleh siapkan sebelum puasa, cuma saya tidak boleh berpura-pura.

“Saya tidak tahu macam mana orang boleh buat lagu raya sebelum Ramadan. Saya memang kena buat waktu tengah berpuasa,” ceritanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya