PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan terhadap kes kemalangan seorang penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) yang maut dihimpit bas, Sabtu lalu.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, siasatan itu membabitkan syarikat pengendali bas yang terbabit dalam insiden itu serta prosedur-prosedur berkaitan.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius setiap kejadian kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar khususnya di institut pendidikan tinggi awam (IPTA).
“Dalam hal ini bukan hanya terlibat di kawasan UUM sahaja tetapi ia melibatkan semua universiti.
“Kita tidak memandang ringan akan perkara-perkara yang melibatkan pelajar ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri warga KPT di sini, semalam.
Beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan waris pelajar berkenaan malah, turut bersedih dengan insiden menimpa arwah.
Zambry berkata, pihak UUM telah pun memaklumkan perkembangan terbaharu membabitkan insiden itu kepadanya malah, dua jawatankuasa telah ditubuhkan bagi melihat keseluruhan kes itu.
“Kami ingin memastikan bahawa kejadian seumpama ini tidak akan berulang di masa akan datang dan memastikan supaya prosedur tersebut dipatuhi dengan sebaik-baiknya,” katanya.
Zambry berkata, pihak UUM telah pun memaklumkan perkembangan terbaharu membabitkan insiden itu kepadanya malah, dua jawatankuasa telah ditubuhkan bagi melihat keseluruhan kes itu.
“Kami ingin memastikan bahawa kejadian seumpama ini tidak akan berulang di masa akan datang dan memastikan supaya prosedur tersebut dipatuhi dengan sebaik-baiknya,” katanya.
Dalam kejadian di hadapan perhentian bas Jalan Persiaran Perdana Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah itu, seorang mahasiswa UUM, Manarina Hasya Muhamad Karim, 22, maut dihimpit bas ketika sedang berjalan kaki menunggu giliran untuk menaiki bas di dalam kampus itu.
Mangsa yang berasal dari Johor disahkan meninggal dunia selepas hampir 10 jam menerima rawatan di hospital.
Terbaharu, keluarga Manarina tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap insiden itu.
Bapa mangsa, Mohamad Karim Sulaiman, 51, berkata, mereka menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada siasatan yang sedang dijalankan pihak universiti dan polis. – UTUSAN
Sementara itu, UUM menubuhkan dua jawatankuasa khas bagi menyiasat insiden kemalangan yang mengorbankan mahasiswanya di kampus universiti itu, Sabtu lepas.
Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Foad Sakdan berkata, jawatankuasa khas itu bagi menyiasat insiden berkenaan dan menilai semula aspek keselamatan perkhidmatan bas kitaran kampus. – UTUSAN