KPM tegas tangani salah laku seksual - Utusan Malaysia

KPM tegas tangani salah laku seksual

FADHLINA Sidek bersama pelajar yang menyertai pameran sempena Pelancaran Gerakan Massa: #terimakasihcikgu Peringkat Kebangsaan di Taiping hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tegas dalam menangani isu gangguan seksual dan keruntuhan moral dalam kalangan warga sekolah, terutamanya yang berkait dengan dunia teknologi dan digital kecerdasan buatan (AI).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementerian sudah memperkasakan garis panduan berkaitan kes gangguan seksual di sekolah, termasuk membabitkan kontak rapat serta salah laku dalam talian.

Menurutnya, modul-modul pendidikan juga telah diperkenalkan untuk mendidik pelajar agar menjaga maruah, kepentingan diri dan menjauhi unsur-unsur negatif yang boleh membawa kepada keruntuhan akhlak.

“Kita telah memperkukuhkan garis panduan untuk menangani isu-isu ini di semua peringkat pendidikan.

“Antara usaha penting KPM termasuklah penerapan nilai kesihatan mental dan produktiviti dalam kalangan pelajar agar mereka mampu menangkis pengaruh negatif serta lebih bijak dalam mengurus interaksi digital.

“Kita bimbang pelajar mudah terjebak dalam isu-isu keruntuhan moral dan akhlak, justeru kita memperkenalkan pendekatan menyeluruh untuk memperkasakan jati diri mereka,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada Pelancaran Gerakan Massa: #terimakasihcikgu Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Azman Adnan.

Mengulas kejadian penyebaran gambar lucah pelajar wanita yang disunting dan dijual di media sosial di sebuah sekolah menengah swasta di Kulai baru-baru ini, Fadhlina turut memberi jaminan KPM tidak akan berkompromi dalam isu tersebut.

Menurutnya, siasatan penuh akan dilakukan terhadap sebarang laporan gangguan atau salah laku dan sekolah

“Sekolah akan bertindak tegas berdasarkan dapatan siasatan. Sekiranya berlaku pelanggaran, tindakan disiplin akan diambil segera.

“Ini komitmen kita untuk menjaga keselamatan, maruah dan integriti sistem pendidikan negara,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Teo Nie Ching berkata, sekolah swasta perlu mempunyai prosedur operasi standard (SOP) lebih baik dalam mendepani situasi salah laku seksual termasuk aduan berhubung bahan lucah yang disunting menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Ini berikutan kejadian penyebaran gambar lucah pelajar wanita yang disunting dan dijual di media sosial di sebuah sekolah menengah swasta di Kulai, baru-baru ini.

Nie Ching berkata beliau difahamkan pentadbiran sekolah berkenaan telah dimaklumkan berhubung isu itu sejak tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya