KPM pandang serius calon gagal semua subjek SPM 

KPM pandang serius calon gagal semua subjek SPM 

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memberi tumpuan kepada beberapa aspek penting bagi mengatasi peningkatan jumlah calon gagal semua mata pelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024. 

Meskipun keputusan SPM 2024 mencatatkan pencapaian terbaik dalam tempoh 11 tahun, namun Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya memandang serius terhadap golongan pelajar yang tercicir dalam peperiksaan itu.       

“Kita berharap peningkatan ini (jumlah calon gagal) memberikan semangat kepada guru-guru untuk menguasai dan memberikan tumpuan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

“Guru-guru juga perlu membantu untuk terus memberikan tumpuan kepada segmen-segmen yang perlu diperbaiki berdasarkan keputusan hari ini. 

“Jadi, secara keseluruhannya, kita akan terus mengambil langkah-langkah penting untuk menambah baik keputusan ini. Saya yakin, ia juga berada dalam radar KPM,” katanya ketika ditemui selepas meninjau proses penyerahan keputusan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Kajang, hari ini.

Berdasarkan rekod KPM, sebanyak 1,789 atau 0.5 peratus calon SPM 2024 dikenal pasti gagal dalam semua mata pelajaran termasuk subjek Bahasa Melayu atau Sejarah, sekali gus tidak layak mendapat sijil.

Jumlah itu meningkat berbanding SPM 2023 dengan jumlah bilangan pelajar gagal semua mata pelajaran 1,467 calon atau 0.4 peratus.

Fadhlina berkata, pihak kementerian turut memberikan fokus untuk meningkatkan kadar kehadiran pelajar yang menduduki SPM, mengecilkan jurang pencapaian antara pelajar bandar dan luar bandar serta melaksanakan langkah-langkah intervensi bagi memastikan peningkatan kadar kelulusan.

“Terdapat banyak segmen yang perlu kita perbaiki. Kementerian memandang serius usaha untuk memastikan lebih ramai pelajar berjaya memperoleh kelulusan, khususnya dalam subjek teras seperti Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Kita juga akan memastikan peningkatan jumlah pelajar yang layak menerima sijil SPM dan usaha intervensi yang dilaksanakan telah membantu mengurangkan kadar ketidakhadiran calon semasa peperiksaan,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya