PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan tegas dan serta-merta ke atas semua yang terlibat atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti yang diedarkan hari ini.
KPM dalam kenyataan menegaskan, kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara.
“KPM memohon maaf atas kesilapan itu. Siasatan terperinci juga sedang dilaksanakan.
“Laporan analisis yang dicetak telah diminta untuk dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan,” katanya hari ini.
Dalam edaran Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM hari ini ia memaparkan imej Jalur Gemilang yang berlaku kesilapan dalam cetakan pada muka surat 14 dan 16 yang dijana menerusi kecerdasan buatan (AI). – UTUSAN