Koperasi perlu buat pelaburan berimpak tinggi

Koperasi perlu buat pelaburan berimpak tinggi

EWON BENEDICT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menggalakkan koperasi untuk membuat pelaburan dalam sektor berimpak tinggi seperti pertanian, pelancongan dan teknologi digital.

Menterinya, Datuk Ewon Benedict berkata, pelaburan itu mampu memberi kesan yang penting terhadap ekonomi negara dengan menyumbang kepada pembangunan komuniti dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

“Contohnya, Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad atau KOOP Sahabat kini dalam fasa membangunkan Hotel Fairfield by Marriot bertaraf empat bintang di Langkawi yang merupakan antara rangkaian jenama hotel terbesar di dunia.

“Saya yakin pembangunan hotel ini akan menarik lebih banyak pelaburan asing dan tempatan ke Langkawi dan sekiranya ada koperasi yang berminat untuk melabur akan memberi manfaat kepada ahli mereka,” katanya selepas merasmikan Program LADA COOP Invest Day 2025 di sini, hari ini.

Ewon berkata, usaha Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dalam penganjuran program itu membuka lebih banyak akses kepada koperasi membuat pelaburan bagi membangunkan tanah di Langkawi.

Tambahnya, Langkawi mempunyai keupayaan untuk menarik pelancong dengan statusnya sebagai geopark yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Faktor ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh gerakan koperasi bagi mengembangkan industri pelancongan di Langkawi,” katanya.

Terdahulu, beliau merasmikan Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Langkawi di Jalan Persiaran Putera yang berharga RM2.2 juta yang turut dilengkapi dewan seminar berkapasiti 100 orang dan boleh digunakan oleh gerakan koperasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya