PETALING JAYA : Polis menyiasat kejadian kehilangan Toyota Hilux milik kontraktor selepas diletak di hadapan rumah hilang di Taman Puchong Indah, Puchong, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.43 pagi itu menyebabkan mangsa kerugian RM100,000.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, lelaki berusia 26 tahun sebelum itu meletakkan pacuan empat roda itu di hadapan rumahnya.
Menurut beliau, bagaimanapun pada pukul 6.30 pagi, mangsa mendapati kenderaannya hilang disyaki dicuri.
“Hasil siasatan dan penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jiran mendapati dua suspek lelaki menaiki kereta dengan nombor pendaftaran tidak pasti berada di lokasi kejadian.
“Salah seorang suspek mendekati Toyota Hilux itu dan membuat sesuatu menyebabkan ‘alarm’ berbunyi serta lampu signal belakang kiri dan kanan menyala sebum membawa melarikan kenderaan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.-UTUSAN