Kolam tadahan air Taman Seri Alam pecah lagi

Kolam tadahan air Taman Seri Alam pecah lagi

BEBERAPA anggota bomba melakukan pemeriksaan ke atas kolam tadahan air di Taman Seri Alam, Kuala Selangor, Selangor yang pecah awal pagi tadi. UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kolam tadahan air Taman Seri Alam, Bandar Saujana Utama, di sini pecah sekali lagi pada awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubungan kejadian berkenaan daripada penduduk kawasan perumahan berkenaan pada pukul 7.26 pagi.

“Sejumlah lima anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya telah diarahkan ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi kejadian pukul 7.52 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan sampai di lokasi, didapati benar terdapat berlakunya banjir yang berkedalaman satu kaki (0.30 meter) melibatkan anggaran sebanyak 200 buah rumah di taman itu terjejas,” katanya.

Menurutnya, air yang masuk di rumah penduduk semakin surut justeru tidak ada pemindahan penduduk yang dibuat oleh bomba.

Ketika ini kata Wan Md. Razali, anggota yang berada di lokasi kejadian sedang melakukan langkah pengawasan terhadap kolam tadahan itu.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Alam, Ismail Idris berkata, kolam tersebut dipercayai pecah pada pukul 6 pagi setelah disedari oleh beberapa penduduk yang tinggal di berdekatan kolam itu.

“Pagi tadi hujan dari pukul 3 hingga 6.30 pagi tanpa henti. Selepas itu, ada penduduk tersedar yang kolam tadahan berkenaan pecah dalam pukul 6 pagi.

“Air memang laju keluar dari kolam ini namun kejadian kali ini tidak seteruk pada kejadian kolam pecah pada 29 Disember lalu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya