KKM buat persediaan kemungkinan produk farmaseutikal dikenakan tarif

KKM buat persediaan kemungkinan produk farmaseutikal dikenakan tarif

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang membuat persiapan bagi menghadapi kemungkinan pelaksanaan tarif baharu ke atas produk farmaseutikal oleh Amerika Syarikat (AS).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya memantau rapat perkembangan terkini selepas pengumuman Presiden AS, Donald Trump mengenai pelaksanaan tarif ke atas produk farmaseutikal yang diimport.

“Tarif baharu ini mungkin akan dikenakan ke atas produk farmaseutikal, namun untuk peranti perubatan, tarif 24 peratus sudah disahkan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Ramah Mesra Menteri Kesihatan bersama warga kerja kesihatan daerah Batang Padang di Hospital Tapah, di sini hari ini.

Katanya, tarif baharu diumumkan Trump itu sebenarnya akan dibayar oleh rakyat Amerika Syarikat sendiri apabila mereka mengimport barangan dari negara luar.

Bagaimanapun katanya, pelaksanaan itu akan memberi kesan kepada banyak negara kerana ia menjejaskan kuasa beli dan rantaian bekalan.

“Apabila barangan dibawa masuk atau diimport oleh Amerika Syarikat, kenaikan itu dibayar oleh mereka. Kalau sebelum ini satu produk harga 100 dolar, kini akan naik kepada 124 dolar.

“Ini menjadikan barangan kita kurang kompetitif dan secara tidak langsung memberi kesan kepada daya saing serta rantaian bekalan.

“Walaupun kita belum tahu dengan jelas hala tuju dasar baharu itu, KKM tetap akan membuat persiapan sewajarnya kerana isu import eksport ini melibatkan semua negara.

“Daripada pihak saya sebagai menteri kesihatan, saya mahu perhatikan sejauh mana tarif ini akan ada pengecualian kepada produk farmaseutikal, ubat-ubatan dan dadah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya