PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) memohon untuk membatalkan sapina yang dikeluarkan terhadapnya, berdasarkan permohonan dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Peguam Kanan Persekutuan, Nur Hidayah Raihan Md. Nasir yang mewakili Ketua Pengarah BPJPM memaklumkan perkara itu di Mahkamah Tinggi di sini, selepas bekas pegawai penyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Senior Asisten Komisioner R. Rajagopal selesai memberi keterangan. Rajagopal memberi keterangan sebagai saksi pembelaan ke-11 sejak 24 Februari lalu. Menurut Nur Hidayah, Ketua Pengarah BPJPM telah menerima sapina tersebut kira-kira pukul 11 pagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya