KOTA BHARU: Seorang ketua cawangan di sebuah jabatan kerajaan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan salah guna kuasa dengan mengesyorkan projek baik pulih fasiliti di Gua Musang dekat ini bernilai kira-kira RM100,000.
Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan sepasukan pegawai SPRM sekitar pukul 6 petang di pejabatnya.
Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain berkata, lelaki berkenaan akan dibawa Mahkamah Gua Musang bagi mendapatkan perintah tahanan reman pada pagi esok.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia sebentar tadi.-UTUSAN