Ketibaan Presiden Xi kukuh hubungan Malaysia-China

Ketibaan Presiden Xi kukuh hubungan Malaysia-China

ANWAR Ibrahim menyambut ketibaan Xi Jinping di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam. – PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden China, Xi Jinping tiba untuk lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia semalam ketika kedua-dua negara berhadapan dengan tekanan akibat tarif timbal balik oleh Amerika Syarikat (AS).

Malaysia adalah antara tiga negara di Asia Tenggara yang dilawati oleh pemimpin utama China itu selepas Vietnam semalam, dan selepas ini beliau akan ke Kemboja.

Ketiga-ketiga negara ini adalah rakan dagang terbesar China di Asia Tenggara.

Ketibaan Xi disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Lawatan beliau ke negara ini atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan merupakan yang kedua dalam tempoh 12 tahun selepas kali terakhir pada 2013 lalu.

Xi yang dalam lawatan rasmi ke Asia Tenggara dari 14 hingga 18 April, meluangkan masa masa sehari ke Vietnam dan Kemboja serta tiga hari di Malaysia.

China adalah rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut sejak 2009, dengan nilai dagangan RM484.12 bilion pada 2024.
Ia menyumbang kepada 16.8 peratus nilai perdagangan glo­bal Malaysia berjumlah RM2.879 trilion.

Turut menyambut kehadi­ran beliau bersama delegasi negara itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dengan diberi sambutan rasmi serta persembahan tarian kebudayaan.

Kementerian Luar dalam ke-nyataan memberitahu, hubu-ngan diplomatik Malaysia dan China terjalin sejak 31 Mei 1974 dan meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada tahun lalu.

Kenyataan itu menyebut, lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada siri pertama lawatan negara oleh Xi pada tahun ini selepas lawatan terakhir ke Malaysia pada 2013.

“Kedua-dua negara telah menaik taraf hubungan diplomatik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif,” kata kenyataan itu.

Untuk lawatan kali ini, Pre­siden Xi akan diberikan istiadat sambutan negara dan diikuti dengan kunjungan menghadap ke atas Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Seri Paduka Baginda juga berkenan meraikan Xi dan de­legasi dalam satu majlis santapan negara.

Xi turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Anwar bagi membincangkan kerjasama dua hala serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa.

Kedua-dua pemimpin sete­rusnya akan menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman, perjanjian, dan nota antara Malaysia dengan China.

Sebagai Pengerusi ASEAN dan Negara Penyelaras bagi Hubungan Dialog ASEAN-China, Malaysia komited memajukan Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN dan China mela­lui dialog, kesalingpercayaan dan inisiatif yang membawa manfaat kepada ASEAN dan China. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya