Keterangan bersumpah putera Arab telah disediakan awal

Keterangan bersumpah putera Arab telah disediakan awal

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sesi soal jawab yang merupakan elemen utama dalam siasatan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak pernah dijalankan terhadap putera Arab Saudi yang dikatakan mengeluarkan surat derma RM2.6 bilion kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Timbalan Pengarah Bahagian Analisa Kewangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Mohd. Hafaz Nazar sebaliknya memberitahu, keterangan bersumpah (SD) yang dikatakan daripada Putera Saud Abdulaziz Majid Al-Saud (Putera Saud) telah disediakan lebih awal.

Keterangan itu kemudiannya telah disalin dan ditampal (copy paste) kepada dokumen mengikut format SPRM.

Mohd. Hafaz yang kini merupakan Pengarah Kanan Akademi SPRM berkata demikian ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berhubung lawatan oleh SPRM dan Jabatan Peguam Negara (AGC) ke Arab Saudi pada November 2015 bagi mengesahkan kemasukan RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib.

Ahmad Akram: Jadi Datuk tidak pernah merekodkan kenyataan, hanya `cut and paste’ ke dalam format (SPRM) ini.
Mohd. Hafaz: Kalau sesi temuramah, soal jawab yang merupakan elemen utama siasatan, itu tidak berlaku.

Ahmad Akram: Adakah Datuk dilarang daripada bertanya soalan lanjut (mengenai surat derma)
Mohd. Hafaz: Tidak ada sesiapa yang melarang tetapi (saya) ada berkongsi hasrat (untuk bertanya soalan lanjut) tetapi dimaklumkan bahawa apa yang ingin diceritakan oleh Putera As Saud ada di dalam SD. Dokumen ada ditunjukkan tetapi tidak dibekalkan kepada kami.

Ahmad Akram: Berdasarkan pengalaman Datuk, semuanya telah diaturkan. Datuk ke Riyadh tanpa tahu apa-apa tetapi apabila di sana, semua telah disediakan terlebih dahulu.

Mohd. Hafaz: Saya tidak berada dalam keadaan yang membolehkan saya membuat apa-apa permohonan tetapi perjalanan di Riyadh, ia telah diaturkan. Perjalanan ke Mekah menaiki jet peribadi juga telah diaturkan. Dokumen SD juga telah disediakan lebih awal. Dalam konteks itu, saya katakan semuanya telah disediakan lebih awal.

Mohd. Hafaz merupakan antara lima individu daripada SPRM dan Jabatan Peguam Negara yang pergi ke Arab Saudi antara 27 hingga 29 November 2015 untuk menemu ramah Putera Saud, individu yang dikatakan menandatangani surat derma Arab Saudi kepada Najib.

Selain Mohd. Hafaz, turut serta dalam rombongan itu ialah Pegawai Kanan Bahagian Penyiasatan Tatakelola SPRM, Fikri Ab. Rahim, pegawai penyiasat asal kes 1MDB, Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM di Bahagian Pengubahan Wang Haram (AMLA), Mohd. Nasharudin Amir; Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Tan Sri Azam Baki dan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang mewakili AGC.

Mohd. Nasharudin ketika memberi keterangan sebagai saksi pembelaan ke-10 turut mengesahkan bahawa lawatan ke Arab Saudi telah bertukar menjadi sesi `cut and paste’, makan-makan sebelum pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun, Fikri dalam keterangannya sebagai saksi pembelaan ke-12 menafikan bahawa bahawa rakaman percakapan Putera Saud adalah hasil `copy paste’.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya