Kesesakan luar biasa di Lembah Klang

Kesesakan luar biasa di Lembah Klang

TRAFIK sesak selepas keluar Plaza Tol Sungai Besi menuju ke Pusat Bandar.-Akaun X Plus Trafik
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beberapa lebuh raya utama di Lembah Klang mengalami kesesakan luar biasa sejak semalam dan hari ini berikutan penutupan jalan sempena lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia.

Tindakan penutupan yang bermula seawal 6.00 petang pada semalam melibatkan laluan seperti Lebuh KLIA, Lebuhraya ELITE, Lingkaran Putrajaya serta Persiaran Selatan.

Situasi sama juga berlaku pada hari ini apabila beberapa jalan utama ke ibu negara ditutup bagi memberi laluan kepada delegasi China di samping pergerakan warga kota ke tempat kerja.

Menerusi hantaran gambar yang dimuat naik menerus aplikasi Facebook dan platform X, situasi itu dapat dilihat berlaku kesesakan lalu lintas pada hari ini dan semalam.

Pemilik akaun Facebook Sepang Viral juga berkongsi situasi kesesakan lalu lintas tersebut.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di media sosial mendapati para pengguna jalan raya berhadapan situasi sama ketika perjalanan ke tempat kerja pada hari ini.

Mereka juga berkongsikan pengalaman perjalanan ke tempat kerja yang mengambil sehingga sejam.

“Tak dapat bayangkan anak-anak yang tengah tunggu mak ayah dekat sekolah sebab jem ini,” komen @Noor Izyani Shahira.

“Bertabahlah tuan puan semua,” komen @Fara Abdullah.

Beberapa laluan utama di Lembah Klang dijangka mengalami kesesakan hari ini bermula pukul 12.30 tengah hari melibatkan Jalan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Iskandar, Jalan Istana serta lebuh raya utama seperti NPE, SUKE, SPE, KESAS dan MEX.

Kesesakan dijangka berlanjutan pada pukul 4.10 petang apabila laluan seperti Jalan P5, Lebuh Gemilang, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Lebuh Perdana Barat turut ditutup bagi laluan delegasi China ke Putrajaya.

Penutupan terakhir bermula pukul 6.30 petang melibatkan laluan Persiaran Seri Perdana ke Lebuh Gemilang dan Jalan P5. Justeru itu, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal bagi mengurangkan kesulitan.

Penutupan dijangka berakhir awal pagi Khamis, 17 April sekitar 8.50 pagi selepas rombongan rasmi Presiden China berlepas pulang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN