PETALING JAYA: Kertas siasatan membabitkan akhbar Cina berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan dirujuk ke pejabat Peguam Negara semalam. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah melengkapkan siasatan dan merujuk kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk penelitian lanjut. “Setakat ini seramai 54 individu telah dirakam keterangan. Terdapat saksi lain mungkin akan dipanggil sekiranya ada keperluan. “Siasatan awal mendapati antara alasan diberikan pihak akhbar berkenaan kerana berlakunya kesilapan teknikal dalam penyiaran ilustrasi tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya