Kerjasama CCE, Oasis Xtract bakal lonjak pembangunan industri alga

Kerjasama CCE, Oasis Xtract bakal lonjak pembangunan industri alga

CHANG Lih Kang menyaksikan pertukaran MOU di antara Central Corporate Engineering Sdn Bhd & Oasis Xtract Sdn Bhd di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerjasama strategik dua syarikat tempatan, Central Corporate Engineering Sdn. Bhd. (CCE) dan Oasis Xtract Sdn. Bhd dijangka membuka ruang kepada pembangunan ekosistem alga bersepadu pertama di negara ini, sekali gus memperkukuh landskap teknologi hijau.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, inisiatif tersebut bukan sekadar permulaan, namun merupakan satu pencapaian penting, khususnya dalam membina ekosistem industri berimpak tinggi.

“CCE mempunyai teknologi unik untuk menghasilkan alga dalam jumlah besar tanpa bergantung kepada cahaya matahari dengan menggunakan teknologi heterotrofik yang merupakan antara pertama digunakan di dunia.

“Manakala, Oasis Xtract pula mempunyai teknologi inovatif bagi mengekstrak minyak mentah daripada alga. Justeru, gabungan kepakaran ini sejajar dengan agenda kerajaan dalam membangunkan industri bernilai tinggi dan berpotensi untuk berkembang pesat,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara CCE dan Oasis Xtract di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Lih Kang berkata, inisiatif itu merupakan kejayaan yang membanggakan berikutan keseluruhan sistem tersebut dibangunkan secara dalaman oleh tenaga tempatan sekali gus membuktikan keupayaan inovasi anak tempatan dalam bidang bioteknologi hijau.

Beliau juga optimis kerjasama seumpama ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil, menyokong pembangunan industri hijau bernilai tinggi serta melonjakkan daya saing teknologi Malaysia di peringkat global.

“Produk bernilai tinggi yang dihasilkan itu boleh digunakan dalam pelbagai sektor termasuk biofuel, biodiesel, kosmetik dan farmaseutikal,” katanya.

Lih Kang turut menyatakan keyakinan bahawa sinergi antara CCE dan Oasis Extract akan membawa hasil yang lebih besar pada masa depan, termasuk dari aspek pasaran eksport dan penyelidikan lanjutan dalam bidang biofuel serta bioteknologi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya