Kerja padat, Ezad Lazim tangguh pembedahan sinus - Utusan Malaysia

Kerja padat, Ezad Lazim tangguh pembedahan sinus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal, Ezad Lazim kini lebih komited menjalani rawatan bagi masalah sinus tahap tiga yang dikesan sejak November lalu, meskipun berdepan jadual harian yang padat.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 45, berkata dia kini semakin konsisten mengambil ubat dan terus mengikut nasihat pakar demi memastikan tahap kesihatannya stabil.

“Saya masih lagi makan ubat yang diberi oleh pakar. Dulu saya makan sekejap sahaja, lepas tu berhenti sebab rasa dah okay. Tapi sekarang saya teruskan,” katanya ketika ditemui di Majlis rumah terbuka Ritma Riang Raya 2025, di Sheraton Hotel, semalam.

Menurut Ezad, pakar perubatan ada mencadangkan agar menjalani pembedahan sinus namun keputusan itu masih tertangguh kerana memerlukan tempoh rehat yang panjang.

“Cadangnya nak buat pembedahan. Tapi belum ada masa yang sesuai. Pakar pun kata tak apa, teruskan dulu dengan ubat. Bila bersedia, baru buat,” katanya.

Ezad berkata, jadual yang sibuk menjadi penghalang utama untuk dia menjalani pembedahan, walaupun ketika bulan Ramadan.

“Masa rehat panjang susah nak cari. Kita pun sibuk juga termasuklah jadual bulan puasa.

“Kalau buat pembedahan, kena rehat mungkin sampai enam bulan. Banyak benda saya tak boleh buat nanti,” katanya.

Tambah Ezad, beliau bersyukur kerana simptom seperti hidung tersumbat dan kehilangan deria bau semakin berkurang sejak menjalani rawatan secara konsisten.

“Alhamdulillah, sejak makan ubat ikut saranan pakar, keadaan makin baik. Deria bau pun dah kembali,” katanya.

Sementara itu, Ezad juga berkongsi keterujaannya menjelang konsert bersama kumpulan Exist dan Slam yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur dan Singapura dalam masa terdekat.

“Insya-Allah, konsert Exist Slam akan diadakan tak lama lagi. Lepas KL, kami akan ke Singapura pula. Harap semua peminat terus beri sokongan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya