KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, beliau mewakili kerajaan dan rakyat Selangor mengucapkan tahniah kepada keluarga Abdullah yang mesra disapa sebagai Pak Lah.
Beliau mendoakan supaya Allahyarham sentiasa dicecuri rahmat dan diberikan ganjaran atas segala kebaikan yang dilakukannya.
“Selaku Perdana Menteri dan pentadbir yang begitu lama di dalam kerajaan, sudah pasti banyak jasa beliau (Abdullah) yang di sumbangan kepada negara.
“Penghormatan negara dan pahlawan yang diberikan hari ini adalah sebagai tanda penghargaan ke atas segala sumbangan serta jerih perih beliau dalam politik serta pentadbiran (kerajaan),” katanya ketika ditemui pemberita, di sini.
Pak Lah meninggal dunia pada usia 86 tahun iaitu pada semalam di Institut Jantung Negara (IJN), di sini.
Doktor yang bertanggungjawab merawat Pak Lah di IJN memaklumkan bahawa Allahyarham mengalami masalah pernafasan lalu dimasukkan ke dalam wad sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.
Difahamkan bahawa Pak Lah akan dikebumikan bersebelahan dengan makam Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn.
Allahyarham merupakan Perdana Menteri kelima yang berkhidmat dari tahun 2003 sehingga 2009 bagi menggantikan Mahathir. – UTUSAN