Kerajaan perincikan dahulu tarif AS sebelum berunding – PM

Kerajaan perincikan dahulu tarif AS sebelum berunding – PM

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.- UTJSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menentukan secara terperici berikutan keputusan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif baharu sebanyak 24 peratus kepada beberapa sektor ekonomi dari negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jemaah Menteri akan memastikan beberapa pengecualian yang diberikan negara kuasa besar itu kerana ruang perbincangan dan perundingan masih ada.

“Sebagai sebuah negara, tentunya sebahagian kita mahu ambil keputusan yang agak terlalu keras tapi kebijaksanaan rakan-rakan Jemaah Menteri adalah untuk pertamanya menentukan apa yang diputuskan secara terperinci kerana kenyataan itu umum dan ruang untuk perbincangan dan perundingan masih ada.

“Keduanya ada juga beberapa pengecualian yang kita nak pastikan itu dulu. Jadi mungkin kita ambil jalur yang agak sederhana,” katanya ketika berucap pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Anwar berkata, beliau bersama Kementerian Luar dan Menteri-menteri yang berkaitan akan menghubungi rakan-rakan di ASEAN supaya ada pendirian negara masing-masing.

Katanya, langkah itu agar ASEAN dapat berdiri tegap sebagai suatu kelompok yang besar dengan jumlah penduduk sekitar 640 juta yang mempunyai kekuatan ekonomi antara paling utama di dunia.

“Semalam Presiden Indonesia, Prabowo datang dan kita ambil kesempatan lagi untuk bincang soal ini selain isu Gaza dan Myanmar. Saya juga dapat bincang panjang dengan Perdana Menteri Vietnam dan sebelum itu menghubungi semua seperti Filipina, Brunei, Laos, Thailand untuk menyatakan kita ada pendirian masing-masing.

“Kita gunakan kekuatan hubungan untuk diselaraskan supaya ASEAN sebagai satu kelompok berdiri tegap dan mengemukakan pandangan yang menunjukkan ada kesepakatan. Jadi asas untuk perundingan itu lebih kukuh,” katanya.

Pada masa sama, Anwar berkata, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Tengku Abdul Aziz akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya antara negara ASEAN untuk merangka pendirian yang sama.

Bagaimanapun, Anwar berkata, negara perlu lebih bersiap siaga untuk menghadapi kesan kepada pengenaan tarif AS itu walaupun asas ekonomi Malaysia jauh lebih baik.

Ini kerana katanya, hubungan dagang dengan AS adalah tinggi dengan 65 peratus adalah berkaitan eksport semikonduktur mencecah AS$100 bilion.

“Kita tidak mahu apa-apa langkah untuk kebijakan ekonomi yang akan mendera rakyat (yang mejejaskan) pekerjaan mereka dan dalam kehidupan mereka. Ini yang menjadi yang paling memusykilkan dan meragukan kita,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya