Kerajaan pastikan masa depan anak Malaysia lebih cerah

Kerajaan pastikan masa depan anak Malaysia lebih cerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Madani sentiasa bekerja kuat membantu anak-anak Malaysia melalui sistem pendidikan tinggi berkualiti selain inisiatif Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang membuka laluan alternatif ke arah masa depan yang lebih cerah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada semua lepasan SPM yang meraih keputusan cemerlang pada hari ini.

Beliau turut menitipkan pesanan supaya pelajar-pelajar itu meneruskan usaha dan tekad kalian untuk menuntut ilmu ke peringkat lebih tinggi.

“Bagi yang kurang bernasib baik, usah berputus asa. Kerajaan Madani sentiasa bekerja kuat membantu anak-anak Malaysia.

“Ini melalui sistem Pendidikan Tinggi yang berkualiti selain inisiatif Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang membuka laluan alternatif ke arah masa depan yang lebih cerah,” kataya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Media melaporkan bahawa pencapaian SPM 2024 merekodkan keputusan terbaik dalam tempoh 11 tahun lalu iaitu sejak diperkenalkan syarat pensijilan wajib lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah pada tahun 2013.

Nilai gred purata keseluruhan (GPK) pada 2024 merekodkan pada 4.49 mata berbanding 4.60 mata pada 2023 yang mengecil sebanyak 0.11 mata.

Sementara itu, sejumlah 14,179 calon SPM 2024 memperoleh keputusan cemerlang semua A iaitu A+, A-  meningkat 2,466 calon berbanding 11,713 calon pada 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya