Kerajaan digesa bentuk pasukan khas nilai risiko infrastruktur utiliti

Kerajaan digesa bentuk pasukan khas nilai risiko infrastruktur utiliti

KEADAAN kawasan perumahan di Jalan Putra Harmoni, Subang Jaya, Selangor yang terjejas akibat letupan paip gas ketika tinjauan pada hari keenam insiden. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) dan Pusat Kemampanan Air dan Tenaga (CWES) menggesa kerajaan membentuk Pasukan Petugas Kebangsaan bagi menyiasat dan menilai risiko infrastruktur utiliti di seluruh negara susulan letupan paip gas di Putra Heights baru-baru ini.

Presiden AWER Piarapakaran S. berkata, insiden letupan paip gas itu bukan satu-satunya kes kegagalan infrastruktur utiliti yang telah membahayakan nyawa dan harta benda. 

“Kejadian lubang benam di Masjid India dan beberapa kes paip air utama pecah sebelum ini menunjukkan kelemahan dalam sistem sedia ada,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Piarapakaran yang juga Ketua Pegawai Eksekutif CWES, kekurangan tanah telah menyebabkan pembangunan semakin menghampiri kawasan Right of Way (ROW).

Beliau berkata, banyak tanah laluan hak utiliti (ROW) diperkenalkan ketika negara  meningkatkan perkhidmatan kepada orang ramai dan perniagaan.

“Selepas tempoh masa tertentu, lebih banyak pembangunan bergerak lebih dekat ke tapak ROW terutamanya di lokasi kekurangan tanah. Terdapat kes di mana pelebaran jalan menyebabkan paip-paip utiliti diletakkan di bawah aliran trafik yang aktif,” katanya.

Tambah  Piarapakaran, kerja-kerja pelebaran jalan raya juga telah menyebabkan beberapa paip utiliti dalam keadaan lebih berisiko.

Sehubungan itu, pihaknya mengemukakan beberapa cadangan atau terma rujukan (TOR) untuk mengelak berlaku insiden serupa pada masa hadapan.

  • Pemetaan ROW dan kawasan sambungan perkhidmatan utiliti yang telah diceroboh sama ada dengan kelulusan atau tanpa kelulusan.
  • Mengenal pasti ROW dan kawasan sambungan perkhidmatan utiliti yang berdekatan kawasan kepadatan penduduk tinggi, kawasan aliran trafik tinggi, kawasan berisiko tinggi disebabkan lokasi faktor luaran, dan sebagainya.
  • Mengenal pasti kaedah atau pendekatan teknologi yang boleh digunakan untuk mengurangkan risiko.
  • Kategorikan risiko yang dikenal pasti pada skala keterukan (severity scale) berbanding kos mitigasi.
  • Kenal pasti pendekatan perundangan untuk mencegah atau meminimumkan pencerobohan ke ROW dan kawasan sambungan perkhidmatan utiliti.
  • Mengguna pakai piawaian dan proses kelulusan yang ketat untuk pengaksesan oleh pihak ketiga ke ROW atau kawasan sambungan perkhidmatan utiliti bagi memasang paip atau pembangunan infrastruktur lain.
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) perlu memainkan peranan untuk menyemak risiko yang dikenal pasti dan mitigasi berkenaan serta menghantar laporan teknikal mengenainya kepada pasukan petugas khas ini.
  • Gariskan libat urus dan penglibatan pihak berkepentingan dalam Pelan Tindak Balas Kecemasan (ERP) untuk meningkatkan kesedaran dan tindak balas pantas sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini.
  • Menerbitkan penemuan dan pendekatan yang dicadangkan untuk pengetahuan umum dan maklum balas orang ramai.

Menurut Piarapakaran, insiden letupan paip gas itu bukan satu-satunya kes kegagalan infrastruktur utiliti yang telah membahayakan nyawa dan harta benda. 

“Kejadian lubang benam di Masjid India dan beberapa kes paip air utama pecah sebelum ini menunjukkan kelemahan dalam sistem sedia ada,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya