Kenderaan berat dilarang ke Pelabuhan Persekutuan mulai Julai depan

Kenderaan berat dilarang ke Pelabuhan Persekutuan mulai Julai depan

ANTHONY LOKE Siew Fook bergambar (tengah) bergambar sempena program Latihan Pemandu Pengangkut Kereta bagi Pengendalian Kenderaan Elektrik (EV) di Terminal Pelayaran Pelabuhan Klang (PKCT), Pulau Indah, Pelabuhan Klang, semalam. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kerajaan akan menguatkuasakan tindakan penguatkuasaan sekatan ke atas kenderaan berat membawa muatan berlebihan di Pelabuhan Persekutuan seluruh Semenanjung mulai 1 Julai depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kementeriannya akan menggunakan infrastruktur pelabuhan sebagai kaedah tambahan bagi memperluaskan tindakan berkenaan.

Kata beliau, banyak kenderaan berat memunggah barang bagi import dan eksport di pelabuhan sekali gus perlu ditapis membawa lebih muatan.

“Bagi transaksi import, semakan akan dibuat di peringkat tempahan dan jika muatan melebihi Berat Gabungan Kenderaan (BGK), sistem akan menolak secara automatik dan kenderaan itu tidak dibenarkan memasuki pelabuhan untuk mengambil kargo.

“Kenderaan bagi transaksi eksport pula akan ditimbang di pintu masuk pelabuhan. Jika lebih BGK, ia disekat daripada menghantar kargo ke pelabuhan,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu selepas melancarkan program Latihan Pemandu Pengangkut Kereta bagi Pengendalian Kenderaan Elektrik (EV) di Terminal Pelayaran Pelabuhan Klang (PKCT), Pulau Indah, di sini hari ini.

Anthony Loke berkata, beliau sebelum ini mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan (NLTF) pada 25 November tahun lalu.

“Pada mesyuarat tertutup tersebut, saya memaklumkan kepada pemain industri logistik supaya bersiap sedia mengenai pelaksanaan penguatkuasaan itu.

“Kementerian Pengangkutan akan mula mengambil langkah lebih tegas terhadap kenderaan berat terutama isu lebihan muatan demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya,” ujarnya.

Menurut beliau, selaras keputusan itu, kementerian dengan kerjasama agensi berkaitan menyusun pelbagai langkah yang akan diperkenalkan secara berfasa supaya keselamatan jalan raya boleh ditambah baik secara sistemik.

“Buat masa ini, penguatkuasaan terhadap kesalahan lebihan muatan memerlukan pegawai penguatkuasa untuk menahan kenderaan berat sebelum dibawa ke stesen timbang.

“Pendekatan itu menghadkan jumlah kenderaan berat yang boleh diperiksa oleh pihak penguatkuasaan,” katanya.

Tambah Anthony Loke, perincian lanjut mengenai dasar kesalahan lebihan muatan itu akan dimaklumkan oleh Lembaga Pelabuhan masing-masing kepada pemain industri.

Beliau berharap pihak terlibat memberi kerjasama baik dalam usaha kerajaan untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

“Sememangnya menambah baik amalan keselamatan akan melibatkan namun ia bakal memanfaatkan pengguna terutama mengurangkan kadar kemalangan,” katanya.

Pada 24 Februari lalu, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) memaklunkan akan memulakan sekatan sepenuhnya ke atas kenderaan haulier yang membawa muatan lebih Berat BGK keluar atau masuk ke Pelabuhan Klang berkuat kuasa 1 Mei depan.

LPK perlu membuat sekatan bagi menghalang kenderaan haulier daripada membawa muatan melebihi BGK dari atau ke Pelabuhan Klang berdasarkan peraturan sedia ada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya