PUTRAJAYA: Kerajaan digesa mencari penyelesaian menyeluruh berhubung isu pencemaran di kebanyakan sungai di negara ini yang masih berdepan masalah kotor dan tercemar. Langkah drastik perlu dilakukan untuk membanteras di peringkat sumber seperti efluen kilang, domestik dan pertanian yang menjadi punca kepada pencemaran itu sehingga menjejaskan ekonomi penduduk tempatan termasuk nelayan pantai dan kesihatan awam. Sebelum ini, Kerajaan Negeri Selangor melaporkan, sebanyak 5,589 kilang tanpa kebenaran dikesan beroperasi di seluruh negeri itu dengan 869 daripadanya berada di sekitar sungai, dan sebahagian besarnya terletak di hilir sungai atau selepas muka sauk loji…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya