Kenapa Aleza Shadan sorok suami? - Utusan Malaysia

Kenapa Aleza Shadan sorok suami?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Tak perlu saya dedah suami kepada umum, dia bukannya orang seni.”

Demikian jawapan pelakon, Aleza Shadan apabila disoal mengenai status rumah tangganya. Aleza memaklumkan perkahwinan yang dibina sejak 25 tahun yang lalu masih utuh sehingga ke hari ini.

Dan baginya tidak perlulah dia mengikuti trend kebanyakan orang zaman sekarang yang terlalu terbuka menunjukkan kebahagiaan dan mendedahkan identiti pasangan serta anak-anak di media sosial.

Pada Aleza, bukan semua perkara dalam rumah tangga perlu dipertontonkan.

“Saya sejak dulu memang begini, bukan seorang yang suka tayang suami di media sosial. Bahkan dia pun tak suka perhatian.

“Suami saya bukan orang industri. Dia tidak suka dunia glamor. Jadi tak perlu rasanya saya dedahkan siapa dia. Yang bekerja dalam bidang ini (hiburan) adalah saya, bukan dia.

“Sebolehnya saya mahu elak soalan tentang siapa suami saya. Bukanlah sengaja saya sorokkan dia. Tapi ini atas permintaannya. Saya perlu jaga privasinya.

“Tapi saya mahu nyatakan di sini saya masih berkahwin dan bukan isteri kedua,” selorohnya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di Summit Hotel, baru-baru ini.

Aleza dalam masa yang sama memaklumkan dia tidak ambil pusing terhadap persepsi liar masyarakat yang membuat andaian mengenai hubungan rumah tangganya hanya disebabkan dia tidak memperlihatkan kemesraan bersama suaminya di media sosial.

“Tak perlu saya melatah atau layan telahan dan andaian orang mengenai perkahwinan saya. Kalau kita layan, nanti kita akan menampakkan kebodohan kita.

“Sampai satu masa nanti pasti orang akan berhenti bercakap,” katanya.

Aleza dalam pada itu tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pihak, termasuk golongan artis yang keterlaluan dalam berkompang mengenai hal peribadi di media sosial.

Katanya, tindakan tersebut tidak sihat dan mengundang pelbagai kesan buruk kepada individu terbabit serta keluarganya.

“Bahagia, gaduh dan cerai semua nak ditunjuk di media sosial. Segala hal dalam kain nak dipertontonkan kepada umum.

“Kalau semua kita nak kongsi, apa lagi yang tinggal? Jadi bagi saya, berpada-padalah dalam berkongsi hal peribadi di media sosial,” kongsinya.

TAK GALAKKAN ANAK JADI PELAKON
Ramai yang memuji kecantikan anak sulung Aleza ketika pelakon ini berkongsi gambar keluarga di media sosial tidak lama dahulu.

Ada yang beranggapan anak sulungnya itu berpotensi mengikut jejak langkah emaknya dalam dunia seni tanah air.

Namun Aleza memilih untuk tidak menggalakkan anaknya menjadi pelakon atas sebab-sebab tertentu.

“Ada penerbit yang merisik mahu menawarkan anak saya berlakon. Tapi saya tak benarkan.

“Bukanlah saya tak percaya dengan bidang lakonan ini. Tapi saya mahu anak saya habiskan pelajaran mereka dahulu. Pendidikan ini penting, tanpanya jahanam hidup.

“Tapi saya kagum dengan pelakon sekarang yang kebanyakannya berpelajaran tinggi.

“Cuma tinggal lagi mereka berada dalam bidang seni yang ada pasang surutnya. Semua ini bergantung kepada rezeki,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya