Kenaikan elaun on-call dipersetujui, tunggu pengumuman - Dr Dzulkefly

Kenaikan elaun on-call dipersetujui, tunggu pengumuman – Dr Dzulkefly

Dr Dzulkefly (tengah) menunjukkan buki Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2024 di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) telah mendapat persetujuan untuk menaikan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) bagi petugas kesihatan daan pengumumannya akan dibuat tidak lama lagi.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, KKM sentiasa menjaga aspek kebajikan petugas kesihatan malah, ia akan terus diperjuangkan.

“Kenaikan ETAP itu telahpun kita mendapat persetujuan cuma untuk mengumumkan jumlahnya itu, saya diminta untuk tunggu tentang pengumuman itu,” katanya selepas melancarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2024: Pemakanan di KKM di sini hari ini.

ETAP adalah imbuhan atas tanggungjawab tambahan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan dalam merawat pesakit semasa bertugas atas panggilan (On-call) di hospital selepas waktu bekerja biasa.

Sebelum ini, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menzahirkan kekecewaan dengan kerajaan kerana masih mengelak daripada melaksanakan kenaikan elaun on call seperti dijanjikan untuk doktor.

Bahagian pegawai pelatih, pegawai perubatan dan pakar perubatan berkata doktor masih menunggu agar elaun mereka dinaikkan seperti yang diumumkan dua kali tahun lalu.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata, pihaknya juga telah mendapat persetujuan berkaitan ‘fee schedule’ membabitkan klinik dan hospital swasta.

“Walaupun ia membabitkan klinik swasta dan tidak terkait dengan KKM. Apapun kami telah mendapat persetujuan sama mengenai perkara itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya